Uncategorized

Selamat Tahun Baru 2011 dan Selamat Kembali Ke Sekolah

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana dipanjangkan usia untuk kita bersama-sama menyambut Tahun Baru Masihi 2011. Kita baru sahaja menyambut Tahun Baru Hijrah 1432  beberapa minggu yang lalu.

Pada 3 Januari 2011 kita semua akan memulakan persekolahan sesi 2011. Di tahun baru ini jugalah bermula satu suasana yang baru. Kalau dulu darjah 5 maka tahun akan menghadapi UPSR, kalau dulu di tingkatan 2 maka tahun ini bermulalah sebagai calon PMR dan kalu dulu di tingkatan 4 maka bermulalah sebagai calon SPM.

Bagi calon-calon peperiksaan ini mulakanlah azam untuk mencapai keputusan cemerlang dengan SEMUA “A” dalam peperiksaan nanti. Insyaallah. Kalau anda berusaha, insyallah akan berjaya. SELAMAT BERJUANG ANAK-ANAKKU. Amin.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat hari raya adidil adha atau hari raya korban. Para pelajar yang lalai dan mengorbankan masa dengan bersuka ria kerana kita akan berhadapan dengan hari peperiksaan yang semakin hampir. Berkorbanlah untuk masa depan kita.

Happy Deepavali

Salam 1Malaysia………Selamat Menyambut Hari Deepavali untuk semua pelajar dan guru yang beragama Hindu. Nyalakan pelita hati untuk berjaya…. Happy Deepavali..

TAHNIAH THE RED WARRIORS

TAHNIAH KERANA BERJAYA MEMBAWA BALIK PIALA MALAYSIA EDISI KE 44 KE KOTA BHARU…

………………… TAHNIAH THE RED WARRIORS……………………….

Selamat menunaikan Ibadat Haji Wahai Tetamu Allah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia… Tahniah kepada rakan-rakan guru yang telah dijemput untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah al-Mukarrramah pada tahun ini. Semoga anda semua dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. Jangan lupa doakan juga agar anak-anak didik kita mendapat keberkatan dalam pembelajarannya dan mencapai kejayaan dalam SPM nanti.

Selamat Menunaikan Ibadat Haji.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010

SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI DARI KAMI SEKELUARGA UNTUK SEMUA PELAJAR DAN PEMGUNJUNG BLOG INI.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar yang layak ke tingkatan enam rendah. Berazamlah unutk ke menara gading dengan STPM nanti. Jangan ulangi kegagalan pada peringkat SPM. Bersabarlah…  biarkan rakan anda ke menara gading ke lebih dahulu. Berpesanlah agar mereka menunggu kita di sana pada tahun 2012 nanti….insyaallah

Kepada anakanda yang baru mendaftar di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah pada hari semalam 09.5.2010… belajarlah bersungguh-sungguh agar cita-citamu tercapai. Elakkan diri dari melakukan perkara yang boleh menghalang cita-citamu. Buktikan kepada diri bahawa anakanda juga cemerlang. Itu harapan ayah dan bonda…   lik

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010

JOM SEMAKAN STATUS ANDA DI SINI.

TAHNAIH JIKA ANDA BERJAYA

Semakan boleh dibuat mulai 3 Mei 2010.

Sila ke Laman Web :  http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/index.cfm

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370 atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Selamat Kembali ke sekolah

Tags : , ,

Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diketahui esok (Hari ni lah 1 Mei 2010)

Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diketahui esok

30/04/2010 10:37pm

KUALA LUMPUR 30 April — Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari esok.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http:jpt.utm.my, dan http://jpt.uum.edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu di http://www.um.edu.my/kemasukan, http://www.esmp.upm.edu.my/tawaran, http://jpt.utm.my, http://iiu.edu.my/kemasukan/tawaran.html, http://www.upsi.edu.my/tawaran, http://www.istudent.uitm.edu.my/intake, http://www.unimas.my/Kemasukan/Program Asasi, http://www.webapp.uthm.edu.my/tawaran, http://www.umt.edu.my/tawaran.php, http://www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran, http://www.utem.edu.my/kemasukan, http://www.ump.edu.my/kemasukan, http://www.unimap.edu.my/tawaran, http://www.udm.edu.my/tawaran atau http://www.upnm.edu.my/kemasukan/tawaran.

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (Bpkp Jpt) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

— BERNAMA

petikan daripada www.utusan.com.my

Tags : , , , ,

Semakan Kemasukan Ke IPTA- UPU

Jom sama-sama kita menyemak adakah kita berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan kita….

Semoga anda BERJAYA…

Klik … www.jpt.uum.edu.my atau http://upu.mohe.gov.my atau http://jpt.utm.my

Tags : , , , , ,