Uncategorized
Jom Pakat Baca Doa Akhir dan Awal Tahun. SALAM MAAL HIJRAH 1433H
Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, biasa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu ‘ala sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.

Tahniah Buat Anakanda Nordini Syuhada
Tahniah kerana anakanda telah berjaya dalam peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A. Berkat usaha dan kerajinan guru-guru, anakanda berjaya mengikuti jejak langkah semua 3 orang kekanda anakanda yang juga berjaya mendapat 5A dalam UPSR dalam tahun-tahun sebelumnya. 2 orang kekanda anakanda juga telah pun berjaya membuktikan mereka berjaya mendapat 8A dan PMR. Semoga terus berjaya dan cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang. Syukur kehadrat ALLAH atas kejayaan dan anugerah ini. Amin
Terima Kasih Kepada Semua Pengunjung Blog
Terima kasih kepada pengunjung blog ini sehingga mencapai jumlah 19,996 page loads , 10,253 uniq visits, 1,540 Returning Visits dan 8,713 First Time Visits pada malam sebelum peperiksaan SEJARAH SPM baru-baru ini. Semoga pencarian anda semua mencapai matlamat.
Banyak bahan dan soalan yang terpapar telah disoal dlam peperiksaan. YYYYYYYYYYYYYYYYaaaaaaaaaaa HHHHHHHHHHHHHHHoooo.
Alhamdulillah.
Soalan/Tajuk Spot 2011
Dapatkan soalan/tajuk spot untuk SPM 2011 yang dikeluarkan oleh JPN Kelantan. Klik disini
Musim Peperiksaan Telah Kembali: Selamat Berjuang Putera-Puteraku
Musim peperiksan telah kembali:
Putera-puteraku Selamat berjuang, Norfahmi di MRSM dan Amir Faris di UNIKL MIAT: ayahanda dan bonda iringi dengan doa agar kalian berjaya dengan cemerlang. Norfahmi !!!… SPM akan menentukan hala tuju anda selepas ini. Amir Faris !!!… ujian akhir semester 1.. akan mencorakkan masa depan anda. Insyaallah anakanda mampu untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Semuanya akan bermula pada 14 November 2011. Insyaallah semua anak-anak SPM pengunjung blog ini akan berjaya dengan cemerlang….. AMIN.
Selamat Menempuh PMR Wahai Puteraku
Wahai puteraku Muhamad Norfirman…….bersedialah untuk menempuh ujian yang pertama di sekolah menengah. Abah dan mama sentiasa doakan agar sentiasa dilindung Allah dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pepepriksaan nanti. Insyaallah.
Soalan Percubaan Sejarah 2011
Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengirim soalan-soalan percubaan sejarah bagi negeri-negeri lain bagi tujuan perkongsian bahan dan ilmu demi kejayaan anak didik kita.
Kepada rakan-rakan yang sedang bermesyuarat di Kuantan sejak semalam hingga 15 sept 2011, selamat bermesyuarat dan jangan lupa jika ada bahan marilah kita berkongsi bersama…… semoga kita berjumpa lagi..
Selamat Berpuasa dan Terima Kasih Rakan-Rakan
Selamat berpuasa kepada semua pengunjung yang beragama Islam. Ibadat puasa bukan penghalang kepada aktiviti pembelajaran kita. Malah menjadi perangsang kepada kita untuk lebih berusaha. Dapatkan keberkatan dalam pembelajaran kita di bulan yang penuh keberkatan ini. Timbalah ia sebanyak mungkin di bulan ini.
Tidak lupa jutaan terima kasih kepada rakan-rakan guru dan GC sejarah yang banyak berkongsi idea dan buah fikiran berkaitan sejarah. Terutama semasa perjumpaan kita di Mesyuarat berkaitan sejarah di Residence Hotel @ Uniten di Kajang, Selangor pada 09-11 Ogos 2011 yang lalu.
sekian, terima kasih.
Modul Cakna Sejarah SPM 2011
Modul cakna sejarah SPM 2011 keluaran PPD PasirPuteh telah berjaya disiapkan . Terima kasih kepada semua guru sejarah yang telah berjaya menyiapkan modul ini. Semoga bahan ini dapat dimanafaat oleh semua guru dan pelajar.
Bahan ini akan diedarkan ke semua sekolah dalam PPD Pasir Puteh…..
Untuk download sila klik di sini. 
Hilangnya Kasih Ayah
Hari ini Ahad 19.06.2011, kesibukan anak-anak akan terluang bagi mengucapkan “selamat hari bapa”.
Maafkan cikgu kerana telah lama tidak menghantar post-post baru di blog ini. Hari ini sudah 156 hari saya kehilangan kasih seorang ayah yang berusia 91 tahun. Allahyarham telah meninggal pada hari Jumaat 14 Januari 2011, jam 9.40 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab I, Kota Bharu, kelantan setelah dibawa dari Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. Beliau telah dimasukkan ke HTA pada hari khamis 13 januari. Kami bersyukur kerana 2 orang kakak dan emak berada di sisi ayah ketika perjalanan terakhirnya. Pemergian allahyarham selepas seminggu adiknya meninggal. Allahyarham adalah anak yang sulong dan yang terakhir meninggal dunia.
Pemergian allahyarham yang terlalu cepat telah membuat saya terlalu merasakan kehilangannya. Hilang puncayang meruntuhkan motivasi untuk seketika. Sakitnya tidak lama, kerenahnya juga tidak banyak. Ini mungkin berkat doanya yang sentiasa memohon agar pemergiannya dengan cara yang mudah. Tanpa menyusahkan anak-anak dan emak yang juga sentiasa uzur.
Sehingga kini, rasa sebak tetap terasa apabila melihat gambar-gambar ayah yang sentiasa suka bergurau, berjenaka dengan mak dan teman-teman rapatnya. Ayah seorang yang periang dan sentiasa mengambil berat pasal anak-anak walaupun pada perkara-perkara yang kita anggap remeh. Memang sukar untuk dicatatkan satu persatu kenangan indah bersama allahyarham. Hanya Allah dan teman-temannya sahaja lah yang tahu bagaimana sikap perihatinya dalam mendidik anak-anak.
Kepada anak-anak yang masih mempunyai ayah atau ibu, jagalah mereka, gembirakan hati mereka sementara mereka masih ada. Tiada apa yang diharapkan oleh ibu bapa daripada anak-anak kecuali perhatian dan kasih sayang. Tiada wang ringgit yang dipinta. Bayaranlah kasih sayang mereka dengan belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Jadilah anak yang mengenang budi, anak yang sentiasa menyejukkan hati ibu dan bapa.
KEPADA semua pengunjung blog ini yang beragama Islam, saya mohon bacakanlah surah al-Fatihah untuk disedekahkan kepada ayahanda saya agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Ya ALLAH, lapangkanlah kuburnya, sinarilah alam kuburnya dengan cahaya rahmat-Mu, jauhkan seksaan kuburnya, terimalah segala amal ibadat, sedekah jariahnya, amalan-malan baiknya dan tempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh di akhirat nanti. Amin.







