Umum
Keputusan SPM 2011 pada Rabu 21 Mac 2012
Selamat Tinggal 2011 Yang Penuh Suka Duka. Selamat Datang 2012
Selamat tinggal tahun 2011 yang penuh dengan suka duka dilalui. Sebagai insan biasa, banyak sekali kenangan dan kisah duka yang dialami sepanjang tahun 2011. Antaranya:
1. 7hb Januari 2011 – bapa saudaraku meninggal dunia setelah sekian lama sakit.
2. 14hb Januari 2011 (9.40 mlm = 10 safar 1432H) – Ayahanda yang dikasihi telah pergi buat selama-lamanya.
Kini hampir setahun iaitu pada 10 safar 1433H iaitu 14hb Januari ini ayahanda pergi menghadap Ilahi. Aku
reda dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.
3. 4hb April 2011 – Berita diterima semasa aku di KL kerana mendaftar anak sulong ku di MIAT UNIKL,
ayahanda mentua jatuh. Setelah kembali ke kampung aku membawanya ke hospital. Doktor mengesahkan
tulang pangkal pahanya patah dan dierus dirujuk ke HUSM. Disebabkan beberapa penyakit, ayahanda
mentua tidak dapat dibedah untuk memasukkan besi. Beliau kini terlantar dan terpaksa diurus/dibantu untuk
mandi atau buang air besar.
4. 15hb Ogos 2011 (16 ramadan 1432H) – kira-kira jan 12.00 tengah malam kakak ku menelefon menyatakan
bondaku diserang asma yang kronik. Beliau terus dibawa ke Hospital Besut dan kemudian dimasukkan ke ICU
Hospital Nur Zahirah Kuala Terenggannu. Kami sekeluarga berkempung di HNZ selama 8 hari. Pada 24hb
Ogos, bonda di pindah kembali di Hospital Besut. Pada 26hb Ogos, aku memohon membawa balik bonda ke
rumah walaupun keadaannya yang sangat lemah (antara sedar dan tidak) Kini bonda semakin pulih
walaupun terpaksa menggunakan bantuan oksigen 24 jam akibat paru-paru yang lemah. Kami berdoa agar
Allah memberikan kekuatan untuk menjaga dan merawatnya. Mungkin Allah menguji dan memberi peluang
untuk berbakti kepadanya setelah kiami kehilangan ayahanda secara mengejut (tidak sakit yang teruk dan
lama).
5. Terlepas peluang ke Tanah Suci bersama isteri kerana terpaksa menangguhkannya setelah melihat keadaan
bonda dan ayahanda mentua yang sedang sakit. Mungkin Allah ingin memberi peluang kepada kami
mendalami ilmu sebelum menjadi tetamuNya.
Antara kegembiraan pada tahun ini ialah….
1. Anak sulongku telah diterima masuk ke UNIKL MIAT untuk mengikuti kursus Ijazah pertama dalam bidang
pengurusan penerbangan.
2. Anak bongsuku telah mendapat 5A dalam UPSR
3. Anak ketigaku telah mendapat 8A dalam PMR
Aku bermohon kehadrat ALLAH agar tahun baru ini diberi kekuatan dan hidayah dalam hidup. Semoga tahun-tahun yang mendatang ini sentiasa berada dibawah lindunganNYA dan sentiasa dirahmatiNYA. YA ALLAH berikanlah kepada kami rahmatMU kepada kami sekeluarga. Lindungilah kami daripada kejahatan dunia dan AKHIRIlah kami dalam iman dan agamaMU. Amin…Ya rabbal `alamin…
…………………………………. SELAMAT TAHUN BARU 2012 ………………………………….
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan
Salam Ramadhan untuk semua pelajar. Dalam mengerjakan amalan berpuasa, para pelajar boleh mengambil peluang unutk mengulangkaji pelajaran terutamanya selepas amalan bersahur. Ini merupakan masa yang paling baik unutk belajar kerana suasana yang tenang dan dingin. Tambahan pula mengambil berkat Ramadhan.
Happy Chinese New Year 2010

Selamat Tahun Baru Cina 2010…… kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang berketurunan Cina.. khasnya kepada pemgunjung blog ini. Semoga tahun Harimau ini akan membawa lebih banyak kemakmuran kepda negera kita ..MALAYSIA… semoga semua calon SPM tahun ini juga berjaya dengan cemerlang…. tq





