Isu Buang Bayi………

Setiap hari setiap masa kita didedahkan dengan isu buang bayi di dada akhbar….ada yang buang di tong sampah, dibakar macam sampah ditanam macam bangkai binatang  …….masyaallah apa sudah jadi pada dunia kita hari ini.. itu yang dilaporkan oleh akhbar entah berapa banyak lagi yang berlaku di luar sana hanya Allah saja yang tahu.

Manusia hari ini sudah macam zaman Arab jahiliah.. jahil sejahilnya… malah lebih dahsyat daripada zaman itu… saya rasa budak-budak yang melakukan perkara tersebut pernah belajar sejarah tapi ilmu itu tidak dipergunakan dengan sebaiknya. Inilah jadinya. Kalau zaman Arab dulu bayi perempuan aje yang ditanam bukan di buang merata-rata…. tapi hari ini tak kira bayi lelaki ke perempuan semua dibuang. Inilah buktinya jahilnya mereka.

Tidak ada guna lah kalau belajar sejarah tetapi tidak menghayati. Kita belajar sejarah bukan sekadar tahu tahu, peristiwa tetapi harus belajar dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa yang berlaku.

Saya mengharapkan pelajar-pelajar berfikir  dulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Kembalilah kita kepada Tuhan/Allah jika kita mula tersesat. “Jika tersesat dihujung jalan kembalilah ke pangkal jalan”. Insyaallah kita akan selamat. Selamat belajar….


Happy Chinese New Year 2010

 tigerchinese

Selamat Tahun Baru Cina 2010…… kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang berketurunan Cina.. khasnya kepada pemgunjung blog ini. Semoga tahun Harimau ini akan membawa lebih banyak kemakmuran kepda negera kita ..MALAYSIA… semoga semua calon SPM tahun ini juga berjaya dengan cemerlang…. tq


Salam Sejahtera

Alhamdulillah… pada malam ini saya berkesempatan unutk bersama dengan anda setelah sekian lama kita tidak bersama. Sejak dari awal tahun lagi amat terasa kekurangan sekali kerana tidak cukup ruang unutk mengemaskini blog ini. Kerja-kerja di sekolah amat memenatkan pada awal tahun ini.

      Insyaallah pada tahun ini, saya akan cuba unutk mengemaskinikan nota-nota tingkatan emapat di samping menambahkan koleksi soalan latihan tingkatan 4 dan 5 sebgai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Insyaallah ini adalah permulaan  bagi persediaan menghadapi peperiksaan. sekian


Selamat Berjuang Anak-anak ku

Esok 18 November 2009, maka bermulalah satu lagi episod baru dalam perjalanan anak-anak sengai seorang peljar sekolah. Oleh yang demikian, sentiasalah menjaga kesihatan dan keselamatan diri agar hari esok dan hari-hari seterusnya anak-anak berada dlam keadaan yang baik untuk menghadapi peperiksaan besar ini.

Dalam sistem pendidikan kita, SPM merupakan peperiksaan yang sangat penting dalam mencorakkan kehidupan kita pada masa depan. Jadikan peperiksaan SPM pada kali ini adalah yang terakhir dan terbaik. Insyaallah

Pada malam-malam pepriksaan ini jangan pula tidur lewat malam kerana mentelaah pelajaran yang rasanya belum cukup. Berehatlah secukupnya

Bermula hari ini juga, marilah kita berserah dan bertawakkal kepada ALLAH semoga segala usaha kita selama ini diberkatiNya. Inssyallah akan diberi kejayaan apabila tiba masanya nanti….. Amin

Maaf la baru ptg ni saya dapat upload tajuk-tajuk yang diangggap penting. tapi…. saya tak bertanggungjawab kalau tajuk-tajuk ni menyimpang dari landasanya. Ini hanya ramalan aje… apa-apa pun anggaplah sebgai panduan aje.

Klik unutk besarkan atau klik kanan unutk simpan. Selamat Berjaya.


Semoga semua sahabat dan muslimin dan muslimat dapat menunaikan fardhu haji dengan sempurna dan mendapat haji nyang mabrur. Jangan lupa di depan Kaabah nanti berdoalah agar negara kita terus aman damai, anak-anak pelajar kita mendapat kejyaan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambil. Insyaallah


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

kadraya

Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua anak-anak muridku, sahabat-sahabatku , rakan-rakan sekerja yang tak mungkin disebut satu persatu di sini. Semoga kalian sihat wal afiat di samping keluarga tersayang.

Buat anak-anak pelajar, raya tu raya la jugak…. tapi jangan lupa periksa dah dekat…… berhati-hati tau… salam raya daripada cikdin sekeluarga.


Topik-Topik Penting 2009

Asssalamualikum dan salam sejahtera…. Terima kasih la kepada anak-anak pelajar yang singgah di blog saya ni. Ada la juga anak-anak pelajar yang minta akan soalan-soalan ramalan untuk tahun 2009. Saya bukannya tak nak berkongsi akan tajuk-tajuk penting ni tapi…… tajuk-tajuk sebegini tak boleh la diberi awal-awal ….. nanti anak-anak tak bagi fokus kepada tajuk-tajuk lain pulak. Sedangkan semua tajuk ada potensi unutk disoal dalam kertas 1 objektif.

1. Di sini ada satu cadangan tajuk-tajuk penting yang disediakan oleh Guru-guru Cemerlang dan Jurulatih Utama dari Kelantan . Terima kasih GC dan JU kerana sudi berkongsi maklumat penting ni. Klik sini

2. ni satu lagi tajuk penting dari sahabat di Kuala Lumpur. Klik sini

Buat lah analisa sendiri yee


Dapatkan Panggilan Telefon Percuma di Sini

We provide free calls only

Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan

1malaysiaAssalaamualaikum dan salam sejahtera.. Dalam keseronokan meraikan kemerdekaan dan menikmati juadah berbuka puasa janganlah kita lupa tugas yang menanti kita di hujung tahun ini iaitu SPM yang tidak berapa lama lagi.

Di Kelantan, pada minggu ini, anak-anak SPM akan menempuh ujian awal iaitu peperiksaan percubaan SPM akan di adakan pada selasa ini 01.09.2009. Jadi janganlah kita anggap ianya sebgai ujian biasa tetapi anggaplah peperiksaan percubaan ini sebagai satu medan ujian untuk mengetahui sama kita bersedia unutk ujian yang sebenar pada noember nanti. Selamat mengahadapi peperiksaan Percubaan SPM 2009


Tahniah Buat Rosli 5KS1 SMK Seri Intan

Tahniah Rosli kerana berjaya mengapai 8A. terutamanya A dalam SEJARAH………… Anda boleh ….. mengapa orang lain tak boleh????????


Tarikh Keramat SPM

Hubungi Saya Segera

Tetamu Setakat ini

Marilah bersama saya

Siapa di talian

Pendapat anda

Mari Bersembang

Calendar

September 2010
S M T W T F S
« Aug    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930