Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar yang layak ke tingkatan enam rendah. Berazamlah unutk ke menara gading dengan STPM nanti. Jangan ulangi kegagalan pada peringkat SPM. Bersabarlah…  biarkan rakan anda ke menara gading ke lebih dahulu. Berpesanlah agar mereka menunggu kita di sana pada tahun 2012 nanti….insyaallah

Kepada anakanda yang baru mendaftar di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah pada hari semalam 09.5.2010… belajarlah bersungguh-sungguh agar cita-citamu tercapai. Elakkan diri dari melakukan perkara yang boleh menghalang cita-citamu. Buktikan kepada diri bahawa anakanda juga cemerlang. Itu harapan ayah dan bonda…   lik