Jul 12 2010
Posted by cikdin as soalan dan latihan sejarah SPM
Salam 1Malaysia….. Soalan Sejarah SPM gerak gempur yang dikeluarkan oleh JPN Kelantan sudah tersedia untuk dimuat turun dan digunakan sebagai latihan untuk para pelajar SPM 2010. Apa yang diharapkan soalan latihan ini dapat dimanafaatkan oleh semua pihak sama ada pelajar ataupun guru. Terima kasih dan tahniah untuk Jurulatih utama subjek sejarah dan Guru Cemerlang sejarah di Kelantan kerana telah berjaya menyiapkan soalan-soalan ini. Soalan-soalan ini adalah hasil analisa yang dibuat berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Tahniah juga kepada pihak JPN Kelantan khususnya unit sejarah kerana menyelaraskan pembinaan soalan ini. Semoga usaha ini diberkati Allah dan memberikan ganjaran daripadaNYA. Amin.
Selamat datang ke blog sejarah SPM. Semua dijemput untuk mendapatkan maklumat dan soalan-soalan. Saya juga mengharapkan ada sumbangan soalan-soalan sejarah SPM dalam apa jua format saperti pdf, doc, exel, jpg atau sebagainya untuk kita sama-sama berkongsi bagi memanafaatkan semua pelajar. Saya juga berharap dapat menerima komen dan pendapat dari anda semua.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah berjaya mengumpul beberapa koleksi soalan Sejarah 1249 . Tujuan utama saya mengumpul koleksi soalan yang terdiri daripada pelbagai sumber ini adalah memberi peluang kepada pelajar-pelajar saya untuk membuat latihan secara kendiri.
Selain itu ianya juga menyelamatkan soalan-soalan ini daripada hilang atau terbiar tanpa digunakan oleh para pelajar. Selain daripada soalan-saolan percubaan atau soalan akhir tahun, saya juga bercadang untuk memasukkan koleksi soalan latihan mengikut bab yang terkandung dalam buku teks sekolah.
Saya juga telah mengasingkan soalan-soalan ini kepada dua bahagian. Di laman blog ini, saya khaskan kepada soalan-soalan kertas 2 sahaja manakala soalan-soalan kertas 1 telah diletakkan di blog http://sejarah1spm.blogspot.com.
…..Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru terutamanya Puan Rugayah yang telah mengumpul dan menyumbangkan soalan-soalan tersebut.
Antara soalan-soalan terkumpul ialah soalan yang pernah dikeluarkan oleh:
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Aug | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | ||
Pendapat anda