Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar yang layak ke tingkatan enam rendah. Berazamlah unutk ke menara gading dengan STPM nanti. Jangan ulangi kegagalan pada peringkat SPM. Bersabarlah… biarkan rakan anda ke menara gading ke lebih dahulu. Berpesanlah agar mereka menunggu kita di sana pada tahun 2012 nanti….insyaallah
Kepada anakanda yang baru mendaftar di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah pada hari semalam 09.5.2010… belajarlah bersungguh-sungguh agar cita-citamu tercapai. Elakkan diri dari melakukan perkara yang boleh menghalang cita-citamu. Buktikan kepada diri bahawa anakanda juga cemerlang. Itu harapan ayah dan bonda… lik
May 03 2010
Posted by cikdin as Uncategorized
JOM SEMAKAN STATUS ANDA DI SINI.
TAHNAIH JIKA ANDA BERJAYA
Semakan boleh dibuat mulai 3 Mei 2010.
Sila ke Laman Web : http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/index.cfm
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370 atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Selamat Kembali ke sekolah
Apr 30 2010
Posted by cikdin as Uncategorized
KUALA LUMPUR 30 April — Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari esok.
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http:jpt.utm.my, dan http://jpt.uum.edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.
Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.
Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu di http://www.um.edu.my/kemasukan, http://www.esmp.upm.edu.my/tawaran, http://jpt.utm.my, http://iiu.edu.my/kemasukan/tawaran.html, http://www.upsi.edu.my/tawaran, http://www.istudent.uitm.edu.my/intake, http://www.unimas.my/Kemasukan/Program Asasi, http://www.webapp.uthm.edu.my/tawaran, http://www.umt.edu.my/tawaran.php, http://www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran, http://www.utem.edu.my/kemasukan, http://www.ump.edu.my/kemasukan, http://www.unimap.edu.my/tawaran, http://www.udm.edu.my/tawaran atau http://www.upnm.edu.my/kemasukan/tawaran.
Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.
Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (Bpkp Jpt) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.
— BERNAMA
petikan daripada www.utusan.com.my
Jom sama-sama kita menyemak adakah kita berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan kita….
Semoga anda BERJAYA…
Klik … www.jpt.uum.edu.my atau http://upu.mohe.gov.my atau http://jpt.utm.my
Tahniah… cikgu ucapkan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran samada ke Matrikulasi KPM atau Foundation MARA atau persediaan ke luar negeri. Di sana nanti kena belajar bersungguh-sungguh lah. Walaupun tak ada subjek sejarah tapi kena ingat sejarah tetap akan berulang. Maksud cikgu kalau di sana nanti malas belajar anda pasti akan kecewa. Gunakan masa di sana unutk perbaiki diri agar lebih cemerlang. Kalu tak dapat 3.5 CGPA dapat 3.99 pun jadilah yeee….
Tahniah juga kepada pelajar yang berjaya dalam permohonan temuduga KPLSPM 2010. tu temuduga baru… bukan boleh masuk lagi yeee.
Kepada mana-mana pelajr yang kurang bernasib baik dapat naik form 6 pun ok jugak. Nanti anda akan tebus kekecewaan itu dengan belajar bersungguh-sungguh. Biar dapat gi ke U dengan STPM . ok bye jumpa lagi.
Hari khamis semakin dekat….yang ditunggu pasti akan tiba…..Result ohh result…. ayahanda doakan anakanda dan semua murid ayahanda akan berjaya dengan cemerlang…. terutama dalam sejarah. Kepada anak-anak di SMK Bukit Jawa… ayahanda tak akan lupa dapat aje ‘A’ pasti RM10 jadi milikmu…… Walaupun ayahanda tidak ada di sekolah pada hari khamis ni kerana sedang bermesyuarat di Kuala Terengganu ….. kita jumpa hari ahad masa cuti… cari ayahanda di makmal komputer unutk tuntut janji…. ooooop lupa yang dapat ‘B’ pun dapat jugak tp RM5 aje ye…… Insyaallah semoga semua berjaya, ..
Mar 04 2010
Posted by cikdin as Uncategorized
KUALA LUMPUR 4 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.
Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas, katanya.
Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas. – Bernama
petikan daripada Utusan Malaysia online
Setiap hari setiap masa kita didedahkan dengan isu buang bayi di dada akhbar….ada yang buang di tong sampah, dibakar macam sampah ditanam macam bangkai binatang …….masyaallah apa sudah jadi pada dunia kita hari ini.. itu yang dilaporkan oleh akhbar entah berapa banyak lagi yang berlaku di luar sana hanya Allah saja yang tahu.
Manusia hari ini sudah macam zaman Arab jahiliah.. jahil sejahilnya… malah lebih dahsyat daripada zaman itu… saya rasa budak-budak yang melakukan perkara tersebut pernah belajar sejarah tapi ilmu itu tidak dipergunakan dengan sebaiknya. Inilah jadinya. Kalau zaman Arab dulu bayi perempuan aje yang ditanam bukan di buang merata-rata…. tapi hari ini tak kira bayi lelaki ke perempuan semua dibuang. Inilah buktinya jahilnya mereka.
Tidak ada guna lah kalau belajar sejarah tetapi tidak menghayati. Kita belajar sejarah bukan sekadar tahu tahu, peristiwa tetapi harus belajar dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa yang berlaku.
Saya mengharapkan pelajar-pelajar berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Kembalilah kita kepada Tuhan/Allah jika kita mula tersesat. “Jika tersesat dihujung jalan kembalilah ke pangkal jalan”. Insyaallah kita akan selamat. Selamat belajar….
Alhamdulillah… pada malam ini saya berkesempatan unutk bersama dengan anda setelah sekian lama kita tidak bersama. Sejak dari awal tahun lagi amat terasa kekurangan sekali kerana tidak cukup ruang unutk mengemaskini blog ini. Kerja-kerja di sekolah amat memenatkan pada awal tahun ini.
Insyaallah pada tahun ini, saya akan cuba unutk mengemaskinikan nota-nota tingkatan emapat di samping menambahkan koleksi soalan latihan tingkatan 4 dan 5 sebgai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Insyaallah ini adalah permulaan bagi persediaan menghadapi peperiksaan. sekian
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Aug | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | ||
Pendapat anda